TERMA DAN SYARAT
Penggunaan dan akses ke laman web/portal Sistem eAduan ini adalah tertakluk sepenuhnya terhadap terma-terma dan syarat-syarat. Sila sahkan persetujuan anda kepada Terma & Syarat ini dengan menanda butang “Saya Bersetuju Dengan Terma & Syarat Sistem eAduan”.
HAK, KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Penafian Undang-Undang (Legal Disclaimer)
Undang-undang pentadbiran bagi Terma dan Syarat adalah berdasarkan undang-undang Malaysia tanpa mengambil kira lokasi terkini anda atau bidang kuasa apabila anda mengakses laman web/portal Sistem eAduan, JAS.
Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa Jabatan Alam Sekitar dalam mana-mana keadaan tidak bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung dari sebarang bentuk permintaan, tuntutan, kerugian, kehilangan, kerosakan, liabiliti dan tanggungan, termasuklah yuran guaman, atau sebarang bayaran berpatutan yang dibuat oleh sebarang pihak ketiga yang terjadi atau terhasil dari tindakan atau ketiadaan tindakan dari anda, ini termasuklah tuntutan yang terhasil dari penggunaan laman web/portal Sistem eAduan, JAS dan serahan, kiriman atau penghantaran isi kandungan yang terlampir atau anda melanggar Terma dan Syarat.
2. Pautan (Hypertext Links)
Jabatan Alam Sekitar boleh menyediakan pautan kepada laman-laman web yang lain. Pautan ini disediakan bagi tujuan kesenangan dan kemudahan anda. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga maka anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang terkandung dalam laman-laman web berkenaan. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa Jabatan Alam Sekitar tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas mana-mana sumber dan kandungan maklumat laman-laman web tersebut. Jabatan Alam Sekitar tidak bertanggungjawab dan menyokong mana-mana iklan produk, perkhidmatan, komentar, ulasan, pandangan, cadangan dan/atau maklumat lain yang boleh atau telah mengakibatkan apa-apa kerosakan dan/atau kerugian kepada mana-mana pihak akibat daripada kepercayaan, pergantungan dan penggunaan maklumat yang terkandung dalam dan/atau menerusi laman-laman web tersebut.
Anda juga adalah tidak dibenarkan untuk meletakkan pautan di dalam web anda ke halaman utama atau sebarang halaman lain dari laman web/portal Sistem eAduan, JAS melainkan kebenaran bertulis telah diperolehi daripada JAS.
3. Penamatan Perkhidmatan
Jabatan Alam Sekitar mempunyai hak untuk menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan laman web/portal ini, dan mana-mana perkhidmatan lain yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara Jabatan Alam Sekitar, dan berkuatkuasa serta merta. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa Jabatan Alam Sekitar mempunyai hak untuk menamatkan atau menggantung akaun tidak aktif yang didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web/portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Jabatan Alam Sekitar tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
4. Perubahan kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan
Jabatan Alam Sekitar mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, dalam keadaan kecemasan, perlindungan dan keselamatan privasi dan integriti laman web/portal atau dalam keadaan di luar kawalan, Jabatan Alam Sekitar perlu dan akan mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini tanpa notis. Dengan ini anda adalah dinasihati untuk mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Melalui akses secara berterusan dan rujukan kepada syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) anda adalah dianggap bersetuju, memahami dan mematuhi sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat pada laman web/portal ini.
5. Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Jabatan Alam Sekitar mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa Jabatan Alam Sekitar atau mana-mana pihak lain tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak lain di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan ini.
6. Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/ pertanyaan anda berhubung penggunaan laman web/portal ini. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web/portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada jabatan/ agensi yang berkaitan.
DASAR KESELAMATAN
1. Perlindungan Data
Sistem Dalam Talian eAduan JAS adalah terhad kepada mereka yang telah diberikan akses dengan nama pengguna dan kata laluan yang mendapat separa-kelulusan.
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada ketetapan keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
2. Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi adalah dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
DASAR PRIVASI (PRIVACY POLICY)
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan jabatan/agensi lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam penyelesaian aduan yang memerlukan maklum balas dari jabatan/agensi lain.
1. Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui atau pendaftaran yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam web ini.
2. Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, apa-apa pindaan terkini akan dimuat naikkan dan dipaparkan di laman web/portal ini untuk pengetahuan anda. Dengan sering melayari laman web/portal ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat terkini, cara penggunaan laman web ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak lain di dalam keadaan tertentu.
PEMELIHARAAN HAK CIPTA
Anda dibenarkan mencetak, memuat turun (download) dan/atau memindah apa-apa maklumat dalam kandungan laman web/portal ini untuk kegunaan persendirian sahaja dan bukan bagi tujuan komersial. Anda tidak dibenarkan membuat apa-apa salinan, penyiaran, muat turun, muat naik, penyimpanan, pemancaran, penyesuaian dan/atau pengubahan melalui mana-mana cara dan bentuk terhadap maklumat dalam kandungan laman web/portal ini tanpa kebenaran atau kelulusan bertulis daripada Jabatan Alam Sekitar. Sebarang modifikasi ke atas apa-apa maklumat yang terkandung dalam laman web/portal ini boleh atau akan mengakibatkan pendakwaan jenayah yang sewajarnya.
KEPELBAGAIAN TERMA DAN SYARAT
Terma dan Syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa dan berkuatkuasa secara serta merta selepas hebahan terma dan syarat yang dirujuk sebagai “Terma dan Syarat” dan ini adalah termasuk terma dan syarat yang telah diubah. Anda bersetuju untuk menyemak halaman ini setiap kali anda melawati laman web/portal Sistem eAduan, JAS bagi sebarang kemaskini. Sekiranya anda tidak dapat menerima sebarang terma dan syarat yang telah diubah, anda mestilah berhenti mengakses laman web/portal Sistem eAduan, JAS. Penggunaan dan akses anda untuk dan/atau terus menggunakan dan mengakses laman web/portal Sistem eAduan, JAS selepas hebahan perubahan Terma dan Syarat adalah bermaksud bahawa anda telah bersetuju dengan perubahan yang dibuat tanpa sebarang keraguan. Sila hubungi Jabatan Alam Sekitar Malaysia sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan laman web/portal Sistem eAduan, JAS atau maklumat di atas.
© 2023 Hakcipta Terpelihara Jabatan Alam Sekitar
Penafian : Pihak Jabatan Alam Sekitar tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini. Sila rujuk Terma dan Syarat yang disediakan.