Informasi Bidang Kuasa JAS
Pencemaran Air
Pencemaran parit, tasik, sungai, lombong dan laut daripada aktiviti industri, kumbahan, buangan atau tumpahan toksik, tumpahan minyak dan juga berlaku perubahan warna atau kejadian ikan mati
Pencemaran Udara
Pencemaran udara meliputi aktiviti :
- Pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah, kawasan industri dan komersial, aktiviti pertanian, belukar, tanah gambut serta hutan;
- Pencemaran habuk daripada industri dan projek EIA;
- Pencemaran bau daripada aktiviti industri; dan
- Pelepasan asap kilang atau kenderaan motor
Buangan Terjadual
Pengurusan dan pelupusan haram buangan toksik dan berbahaya
Bunyi Bising & Gegaran
Pencemaran bunyi bising atau gegaran daripada industri, projek EIA atau bunyi bising kenderaan motor
Tanah
Pencemaran tanah meliputi pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen perindustrian atau tumpahan minyak ke tanah
Anda telah berdaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar (RAS)?
Jom daftar sekarang!
Pendaftaran keahlian RAS adalah percuma seumur hidup dan terbuka kepada semua.