Jabatan Alam Sekitar mengendalikan aduan pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya. Hanya aduan yang lengkap dan tertakluk kepada Akta 127 sahaja akan disiasat oleh Jabatan Alam Sekitar

Tuan/puan perlu mengemukakan maklumat yang lengkap supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan. Semua maklumat adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan digunakan oleh kerajaan Malaysia sahaja.

Informasi Bidang Kuasa JAS

Pencemaran Air

Pencemaran parit, tasik, sungai, lombong dan laut daripada aktiviti industri, kumbahan, buangan atau tumpahan toksik, tumpahan minyak dan juga berlaku perubahan warna atau kejadian ikan mati

Pencemaran Udara

Pencemaran udara meliputi aktiviti :

  1. Pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah, kawasan industri dan komersial, aktiviti pertanian, belukar, tanah gambut serta hutan;
  2. Pencemaran habuk daripada industri dan projek EIA;
  3. Pencemaran bau daripada aktiviti industri; dan
  4. Pelepasan asap kilang atau kenderaan motor
Buangan Terjadual

Pengurusan dan pelupusan haram buangan toksik dan berbahaya

Bunyi Bising & Gegaran

Pencemaran bunyi bising atau gegaran daripada industri, projek EIA atau bunyi bising kenderaan motor

Tanah

Pencemaran tanah meliputi pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen perindustrian atau tumpahan minyak ke tanah

Muat Turun Aplikasi myJAS Aduan di Google Play atau Apple App Store dengan Mengimbas Kod QR di bawah

Muat Turun Aplikasi myJAS Aduan di Google Play atau Apple App Store

Anda telah berdaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar (RAS)?

Jom daftar sekarang!

Pendaftaran keahlian RAS adalah percuma seumur hidup dan terbuka kepada semua.

src='https://www.freevisitorcounters.com/auth.php?id=2002174a49c62b3119d43a51380c29ae510fa414'>